KELANTAN DARULNAIM
Assalamualaikum......

Negeri Kelantan digelar TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA serta SERAMBI MEKAH. Ibu negerinya ialah Kota Bharu yang terletak lebih kurang 45 km dari pekan Tanah Merah, tempat kelahiran ku.

Kebanyakan penduduknya bergantung kepada hasil-hasil pertanian seperti menoreh getah, bersawah, berladang, peneroka dan lain-lain lagi.

Jika anda berkunjung ke Kelantan dan anda menggunakan lebuhraya timur-barat, jangan lupa singgah di Batu Melintang untuk melihat gunung yang dikatakan menjadi tempat persinggahan Puteri Sadong.

Kemudian, anda akan melalui pekan Tanah Merah. Sebelum sampai ke Tanah Merah, singgahlah dulu di Bukit Bunga yang dikatakan 'Bukit Kayu Hitam' Kelantan.

Sesampai di Batang Merbau, cuba ke Lata Hujan di kampung Ipoh (kampung isteri saya). Airnya pastinya dapat menyejukkan tubuh anda.

Singgah di Pekan Tanah Merah, pergilah menjegok ke Pasar Besar. Cari gerai "mee kuah" di tingkat satu. Anda pasti puashati. Kalau anda ingin bermalam di Tanah Merah, chalet berdekatan Tasik Pancung menanti anda. Sewanya hanya RM 30.00 shj. Jika anda bermalam disini bolehlah menikmati nasi lemak tersohor....berdekatan stesen kereta sewa. Pasti sedap!!!

Kemudian, jika anda ke Pasir Mas, anda boleh terus ke Tumpat. Singgahlah di Pantai Seri Tujuh. Kebiruan airnya pasti menawan anda. Kedai Bebas Cukai di situ juga menanti anda.Jangan lupa untuk menikmati pulut bakar berintikan daging atau sambal ikan.

To continue..... SILA KLIK KE
NEGERI KELANTAN KU....
ubikayu2004@hotmail.com
Mercu Tanda Bandar Kota Bahru
SILA KLIK DI SINI UNTUK KE LAMAN YANG LAIN....TENTANG KELANTAN KITA....HOK KITA!!!!
Bahan Peninggalan Sejarah di Gua Cha
(Mempunyai kaitan dengan sejarah asal-usul Bangsa Melayu)
LAMAN UTAMA
PERIBADI
NEGERIKU
PMUUM (dalam kenangan)
LINK MENARIK
Gambar di sebelah ialah Pasar SITI KHATIJAH...pasar besar di bandar Kota Bharu...sementara gambar di bawah adalah permainan tradisi "gasing" yang kini jarang kita temui lagi
Pantai irama merupakan antara destinasi pelancongan yang utama dan ikan percik antara menu utama yang lazat.... cuba sekali nak lagi
KE HALAMAN UTAMA
KE GALERI FOTO TENTANG KELANTAN KITA
HOK KITE
ubikayu2004@yahoo.com