Basmallah

:: Hadith Untuk Hari Ini ::

:: Bulan Ini Dalam Sejarah Islam - Zulhijjah 1424 ::

Sayidina Ali bin Abi Talib Menjadi Khalifah (Pada Tahun 35 Hijrah)

History Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman bin Affan r.a, Sayidina Ali bin Abi Talib memegang teraju pemerintahan. Beliau mendapat baiah dari sebahagian besar

dari kalangan para sahabat, terutamanya Talhah, Az-Zubair bin Al-Awwam, Muhajirin dan Ansar. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi s.a.w, menantu baginda dan orang yang pertama memeluk Islam selepas Khadijah.

Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 23 sebelum Hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan di dalam pangkuan Nabi s.a.w malah tidak pernah berpisah dengannya. Beliau adalah merupakan salah seorang pahlawan Islam yang terkemuka di mana panji peperangan berada di tangan beliau di dalam sebahagian besar peperangan dan beliau adalah salah seorang daripada sepuluh orang para sahabat yang dijanjikan syurga.

Berdasarkan faktor-faktor tersebutlah, beliau dipilih oleh umat Islam supaya menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Sayidina Othman bin Affan r.a mati syahid. Peristiwa tersebut berlaku pada tarikh 24 Zulhijah tahun 35 Hijrah.

Dengan demikian Sayidina Ali bin Abi Talib adalah merupakan khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal dari keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah s.a.w.

:: Buletin Hari Ini ::

Ibadat korban dianggap sunat muakkad
News MENURUT Dr Yusuf Al-Qaradhawi ibadat korban ialah sunat muakkad (dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqh. Dalam mazhab Imam Abu Hanifah, ia dipandang sebagai ibadat wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan tuntutannya daripada fardu dan lebih berat daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara fardu dan wajib, tidak sebagaimana imam lain).

Puncak pengorbanan besar Nabi Ibrahim
News HARI raya korban mengembalikan ingatan kepada sejarah pengorbanan besar Nabi Ibrahim dalam perjuangannya. Nabi Ibrahim sepanjang menjalankan tugas sucinya, menempuh pelbagai dugaan.

Renungan: Ketawa di masjid gelapkan suasana kubur
News DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan membawa padah buruk.


Oppose French Hijab Ban
News With French President's decision to ban religious insignia from schools, the MSA of the U.S. and Canada is calling upon people of conscience to join in protesting this infringement upon liberty and religious tolerance.

Freedom of Religion
News In Islam the hijab is a sign of modesty which safeguards the personal integrity of women. A society like France which expels young women from schools because of their modest dress is, in the end, simply harming itself.

Journey of a Lifetime
News One fifth of humankind shares a single aspiration: to complete, at least once in a lifetime, the spiritual journey of Hajj. Those fortunate enough to go are considered guests of God. IslamiCity has selected two Hajj Packages to offer.

 

 

:: Chatter Box ::