Projek

Tajuk: Mitos Bahawa Perpustakaan Digital Tidak Memerlukan Perpustakawan Digital

Menyediakan alatan navigasi untuk pengguna bagi menampung capaian yang efektif kepada sumber dalam perkembangan maklumat digital akan menjadi satu cabaran perpustakaan digital. Sumber-sumber tersebut mesti dipersembahkan dalam bentuk yang pelbagai kepada pelbagai pengguna: untuk guru, pelajar, pustakawan dan juga penyelidik. Sesetengah pengguna mempunyai masa yang terhad dan sibuk; mereka akan mendapat faedah daripada kebolehan untuk mencari maklumat dengan tepat di perpustakaan digital.Hal ini lain pula bagi pengguna yang tidak tahu untuk mencari maklumat yang menggunakan persekitaran World Wide Web.Mereka ini akan menghabiskan banyak masa di depan komputer dengan melakukan perkara-perkara seperti membaca pengenalan setiap persembahan yang tiada kaitan, melihat senarai topik atau carian am yang terpaksa melalui item-item individu yang jauh lebih besar dan banyak serta tidak penting.

Bolehkah perpustakaan digital berfungsi tanpa pustakawan?American Memory ialah pengumpul maklumat-maklumat digital dari Amerika untuk dimuatkan dalam Library Congress.Ia telah mengumpul koleksi demi koleksi dan koleksi ini mempunyai ciri- ciri yang berbeza. Kita boleh memperolehinya di WWW yang terdiri daripada beberapa jenis bahan (teks, imej, audio, atau filem), koleksi-koleksi ini berintegrasi antara satu sama lain.Satu-satunya cara untuk mencapai koleksi American Memory ialah dengan menggelintar(browse) senarai koleksi setiap koleksi.Keupayan untuk merentasi koleksi-koleksi ini telah dipertingkatkan. Ia juga memungkinkan kita merentasi koleksi-koleksi yang mempunyai item-item yang khusus(teks, imej, audio, atau filem).Untuk pencarian merentasi koleksi, senarai identiti koleksi-koleksi utama dan jenis item, hendaklah selari dengan tajuk item.Setiap koleksi mengandungi maklumat digital serta satu atau dua alat capaian untuk menjelajah koleksi. Alat-alat untuk capaian tersebut termasuklah 1)rekod carian melalui bibliografi 2)menggelintar istilah subjek 3)mencari teks penuh 4)finding aids.

Selain itu terdapat juga capaian yang menggunakan on-line catalog dan on-line catalog yang paling popular ialah OPAC( Online Public Access Catalogs).OPAC telah menggantikan kad katalog kepada katalog berkomputer di perpustakaan besar.OPAC telah mengalami perubahan demi perubahan yang bukan sahaja sebagai versi katalog elektronik tetapi antara muka kepada sistem perpustakaan digital. Ia berfungsi sebagai memaklumkan klien tentang bahan dalam koleksi perpustakaan, status bahan yang dipesan tetapi belum diterima, bahan yang sudah dipinjamkan dan tarikh pemulangannya, selain boleh membuat tempahan menghantar mesej kepada kakitangan perpustakan,dan mengakses koleksi perpustakaan lain.

Adakah dengan adanya alatan capaian ini kita akan menjadi mudah mengakses maklumat? Bolehkah pangkalan data yang ada itu memberi manfaat sepenuhnya kepada pengguna tanpa pustakawan digital yang boleh membimbing?Sudah tentu tidak, pustakawan memang diperlukan untuk memberi petunjuk kepada pengguna perpustakaan digital. Dalam masa peralihan dari perpustakaan tradisional ke perpustakaan digital, peranan pustakawan sebagai orang tengah amatlah penting. Banyak kelemahan yang terdapat di OPAC yang memang memerlukan bantuan pustakawan.Antaranya ialah pengguna sendiri tidak mempunyai idea yang jelas tentang apa yang diharapkan atau tidak mempunyai kehendak maklumat yang eksplisit, maka tidak boleh membuat penyata pencarian yang jelas.Selain itu mereka juga tidak tahu menggunakan "Truncation, Boolean, Narrowing and Broadening searches''.Arahan yang digunakan pula adalah salah selain kesilapan ejaan, tertinggalnya titik tanda(punctuation mark), dan juga perkataan yang digunakan itu tersalah aturannya(word in wrong order), sedangkan sistem maklumat OPAC dan atas talian yang lain tidak membenarkan sebarang kesilapan.Tidak ada tempat untuk mereka meluahkan kemusykilan, lebih-lebih lagi menunjukkan kelemahan dan masalah yang dihadapi, kerana interaksi dengan kakitangan sudah diganti dengan interaksi komputer dengan klien.Tanpa pustakawan banyak pengguna yang baru di OPAC, atau pangkalan data CD-ROM, misalnya akan merasa bingung dan terkeliru dengan bermacam-macam arahan yang terpapar di skrin komputer. Oleh itu pengguna baru perlu diberi bimbingan sebelum  dapat melayan diri dengan yakin.

Walaupun pengguna sudah mempunyai literasi komputer dan literasi maklumat yang membolehkannya mengakses maklumat, dan teks di perpustakaan dan juga pangkalan data(kerana mereka memang digalakkan melayan diri memandangkan komputer sekarang semakin banyak antara muka yang jelas iaitu senang diikuti),tetapi apa yang dipertikaikan ialah secekap mana mereka boleh mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat, tepat dan mudah?Sejajar dengan perkembangan semasa dimana apabila terdapat perkembangan teknologi ada sahaja pendekatan yang terbaru dibina untuk memperbaiki pengaksesan melalui antara muka. User Interface Team dari National Digital Library Program dengan kerjasama Human Computer Interaction Laboratory di Universiti Maryland mencari pendekatan baru untuk antara muka perpustakaan digital.Cabaran untuk pemilihan koleksi ini sekurang- kurangnya ada dua aspek: 1)mengenalpasti ciri-ciri yang paling sesuai untuk menghuraikan atau membezakan koleksi-koleksi dan bagaimana untuk mempersembahkan ciri-ciri yang pengguna boleh memilih koleksi-koleksi yang relevan dengan mudah.Sebagai alternatif, User Interface Team merancang untuk membina manipulasi secara langsung dan balasan berlaku dengan cepat(rapid feedback) semasa memilih koleksi waktu mengelintar(browsing) atau semasa operasi penapisan.Setakat ini Team tersebut telah menghasilkan satu prototaip  antara muka yang menggunakan format yang mudah diubahsuai dan diindeks oleh enjin pencarian INQUERY tetapi prototaip ini tidak bertujuan untuk kegunaan pengguna sepenuhnya. Persoalan utama untuk antara muka dan sokongan pangkalan data tersebut ialah bagaimana hendak mewakili masa dan tempat serta bagaimana subjek topik diketahui dengan jelas? Selepas peringkat eksperimen dan semasa proses penghalusan prototaip tersebut,pakar pustakawan tidak bersetuju dan mereka telah mengintegrasikan rekod-rekod kepada senibina metadata yang muncul daripada usaha perpustakaan sendiri contohnya senibina Metadata Workshops yang dianjurkan oleh OCLC dengan kerjasama organisasi seperti Natinal Digital Library Federation. Ini bermakna usaha-usaha untuk menjadikan antara muka yang betul-betul tanpa memerlukan pustakawan adalah sia-sia belaka,pasti ada sahaja kekurangan yang tidak dipersetujui oleh pakar pustakawan yang mengetahui secara mendalam tentang perpustakaan berbanding pengaturcara-pengaturcara yang hanya tahu membina aturcara serta mengenal pasti sintaks-sintaks tetapi tidak tahu konsep perpustakaan.
 
Mencari maklumat yang berkualiti di internet menjadi sukar kerana bilangan maklumat berkualiti yang sedikit ditenggelami oleh maklumat lain yang tidak berkualiti. Namun berbantukan enjin pencarian , kita telah berjaya menemui sebahagian daripada jutaan maklumat di internet.Tadi telah disebutkan bahawa terdapat 4 alat untuk capaian iaitu 1)rekod carian bibliografi 2)menggelintar istilah subjek 3)mencari teks penuh 4)finding aids.

1)Rekod Carian Melalui Bibliografi
Hampir semua koleksi dalam American Memory mempunyai set rekod item-item bibliografi yang boleh dicari.Enjin gelintar yang digunakan ialah INQUERY,alat bantuan mencari teks daripada Center for Intelligent Retrieval.Ia adalah fleksibel dan mempunyai 4 arahan-arahan tertentu:
        1.Item yang mengandungi persoalan frasa yang tepat.(items that contain the entered query as an exact
            phrase).
        2.Item yang ada semua perkataan tersebut tetapi tiada kaitan antaranya.(items that have all the entered query as an
            exact phrase).
        3.Item yang mengandungi carian perkataan dalam 20 perkataan.(items containing all the words within 20
            words  of each other).
        4.Item dengan satu atau lebih perkataan yang dimasukkan tetapi tidak semua akan dikira.(items with one or more
            of  the entered words,but not all).

2)Menggelintar Istilah Subjek
Setiap koleksi pada peringkat rekod bibliografi terdapat senarai alphabet bagi semua subjek utama(subject heading). Subjek utama ini khususnya mengandungi nama seseorang, tempat, istilah-istilah yang menghuraikan genre dan format item yang asli dan maklumat tentang penghurai topik.
3)Mencari Teks Penuh
Bagi pengumpulan teks,pengguna boleh mencari teks penuh dokumen. INQUERY digunakan untuk mengindeks dan mencapai dan menyusun senarai 'hit' yang dipecah-pecahkan kepada arahan yang sama seperti dalam carian bibliografi.Setiap tajuk dalam senarai disambungkan kepada dokumen HTML yang berkenaan.Teks penuh(full-text) ialah alat capaian asas untuk Life Histories yang dikumpul semasa Federal Writers' Project; iaitu projek aktiviti Works Progress Administration (WPA) dalam tahun 1930 an ,sejak tidak ada lagi rekod bibliografi individu.
4)Finding Aids
Merupakan carian yang terkini.Dokumen finding aids akan digunakan sebagai asas capaian untuk koleksi di mana item carian peringkat katalogan sudah tidak lagi fleksibel.Dua finding aids yang digunakan oleh Library Congress ialahWPA Life Histories dan Walt Whitman. Library Congress mengunakan Encoded Archival Description iaitu format untuk finding aids bagi mendigitasi koleksi,finding aids juga boleh digunakan untuk mengindeks untuk pencarian.

Terdapat pengguna-pengguna apabila mencari sesuatu menggunakan enjin gelintar, hasilnya tidak menepati atau padan dengan persoalan(query) yang ditujukan.Permintaan yang terlalu ekspilsit kadang kala sistem menunjukkan tiada data yang dipadankan.Banyak pengguna akan merasa kecil hati setelah berulang  kali gagal mendapat maklumat yang diperlukan kerana  mencari maklumat itu proses yang rumit.Kebolehan untuk menspesifikasikan pertanyaan dengan lebih tepat akan menjadi masalah dalam pencarian, manakala mis-matches terminologi juga menghalang pengguna mencari item-item yang relevan. Penyelidik-penyelidik perpustakaan digital menggunakan koleksi tradisional untuk mempelajari subjek utama(subject heading).Akan tetapi bagi pengguna yang jarang-jarang ke perpustakaan merupakan masalah yang besar bagi mereka.Kebanyakan orang yang mahir dengan subjek utama ialah orang yang selalu berada di perpustakaan seperti pustakawan.

Pencarian bahan teks yang menggambarkan topik mungkin tidak mengandungi istilah yang umum untuk topik berkenaan. Sebagai contoh artikel yang bertajuk "Illiteracy and its social, political and industrial effects" yang membandingkan cukai dan perbelanjaan untuk pendidikan antara negara  di bahagian utara dan selatan. Artikel ini mungkin dicapai dengan pencarian perkataan seperti ''tax", "wealth","poverty","income",dan "capital" tetapi ia ia tidak mengandungi perkataan "economy".
Satu pendekatan telah dibuat untuk mengintegrasikan thesauri kepada antara muka, dengan menyediakan istilah hirarki gelintar
untuk menolong pencarian, atau memetakan istilah yang biasa digunakan dalam subjek utama atau sinonim yang terdapat dalam dokumen teks.Terdapat dua cara perpustakaan boleh mencapai tahap ini. Pertama, pendekatan semasa yang digunakan untuk mencari query kepada banyak(plurals) dan lain-lain perkataan yang boleh membawa makna yang sama. Kedua, Library Congress bekerjasama dengan Project Management Enterprises, Inc;pembangun LEXICO/2 iaitu thesaurus pengurusan sistem yang digunakan oleh divisi-divisi dalam Library Congress untuk menguruskan thesauri, seperti Thesaurus for Graphical Material dan Legislative Indexing Vocabulary.

Pustakawan jugalah yang tahu mengintegrasikan maklumat digital dengan maklumat analog. Kerja ini tidaklah mudah.Masalah ini bukan sahaja kerana perbezaan rupa bentuk antara maklumat digital dan cetak tetapi juga perbezaan sifat kedua-duanya.Pustakawan sudah nampak dengan mata mereka sendiri maklumat yang diuruskan itu sudah berubah dari media cetak kepada imej elektronik, berikutan kelahiran data pangkalan data teks penuh pada pertengahan tahun 1980an semakin banyak maklumat digital boleh didapati secara langsung, klien kini boleh mengakses maklumat tanpa perlunya pustakawan dan broker maklumat menjadi orang tengah seperti masa lalu.Tetapi hakikatnya kebanyakan klien merasa lebih baik kerja mencari maklumat itu diserahkan kepada pustakawan dan broker maklumat yang mahir membuat pencarian maklumat.Walaupun maklumat digital mempunyai keistimewaannya tersendiri ia tidak dapat menandingi pustakawan yang mahir mencari maklumat. Antara keistimewaan maklumat digital ialah ianya teknologi digital juga semakin mengintegrasikan kepelbagaian maklumat analog(teks cetak,suara,gambar,data numerik,imej dan video) yang selama ini disimpan dan disebarkan secara  berasingan, sifatnya juga membolehkan ia diproses, dimanipulasi,disebarkan dengan pantas dan murah.Selain itu, ciri utama maklumat digital ialah ianya boleh wujud dalam beraneka bentuk, maka ada banyak versi di banyak lokasi. Contohnya yang paling baik ialah banyaknya maklumat digital yang sama di Alta Vista, Meta Crawler, YAHOO dan enjin pencarian yang lain, di dalam pangkalan data atas talian dan CD-Rom.Masalah itu menjadi bertambah buruk lagi justeru maklumat digital di internet, misalnya, boleh hilang  tanpa notis selain mudah diubah isinya dari masa ke masa. Dari perspektif itu, maklumat digital dikatakan bersifat cecair. Akibatnya teks yang didapati pada masa yang berlainan itu tidak semestinya sama maklumatnya. Sifat yang tidak tetap inilah membuat banyak pengguna kecewa dan sakit hati. Tetapi sifat kecairan maklumat digital itu juga mempunyai keistimewaan yang tidak dapat ditandingi maklumat cetak.

Kesimpulannya, teknologi tinggi itu juga telah membuat perpustakaan digital lebih berorientasikan klien, dalam erti kata klien sendiri perlu tahu mencari maklumat di perpustakaan digital nanti.Dengan itu, mereka sepatutnya berjaya dalam mencari maklumat yang dikehendaki.Pengguna baru yang amat memerlukan pertolongan dibiarkan mencuba nasib sendiri. Mereka tidak faham,lebih-lebih lagi dapat menjalankan arahan di menu atau antara muka yang lain.Dalam masa peralihan ini,kakitangan kakitangan yang boleh memberi penerangan dan bimbingan semakin kurang di tempat penasihat pembaca.Tempat mereka sudah diganti dengan komputer dan teknologi terkini.Akibatnya perpustakaan kini didapati sudah semakin dingin dan tidak ramah lagi kepada klien.Namun, banyak pengguna perpustakaan terhutang budi kepada pustakawan kerana peranan mereka sebagi orang tengah menghubungkan mereka kepada maklumat, komputer dan sistem rangkaian. Tanpa peranan pustakawan digital, pengguna terpaksa bersendirian dan belajar dari kesilapan sendiri. Proses pembelajaran itu memakan masa yang panjang. Walaupun kita sendiri menjadi penemu maklumat iaitu suatu langkah ke arah khidmat diri yang akan semakin diberi keutamaan, tetapi perpustakaan digital mesti mempunyai pustakawan digital kerana merekalah boleh menyelesaikan masalah yang tidak dapat diuruskan komputer.

***TAMAT***
Rujukan:
1. Digital Library Magazine.'Historical Collections for the National Digital Library.'Online (May  1996)  (http://www.dlib.org/dlib/may96/loc/05c-arms.html)
2. Ding Choo Ming. 'Perpustakaan Digital Visi Baru Perkongsian Maklumat.'
(http://www.geocities.com/Area51/Labyrinth/3568/tp2413nota1.html)
3. Ding Choo Ming. 'OPAC Mengubah Pandangan Tentang Pengaksesan Maklumat.'
(http://www.geocities.com/Area51/Labyrinth/3568/tp2413nota4.html)
4. Ding Choo Ming. 'Mitos dan Cabaran Perpustakaan Digital.'
(http://www.geocities.com/Area51/Labyrinth/3568/tp2413nota5.html)