Oleh Jack21
FAQ
Ada Masalah?
Pening?

Sila rujuk di sini dahulu iaitu senarai Soalan-soalan Yang Selalu Dikemukakan atau FAQ (frequently-asked-questions). Papan Maklumat (message board) juga disediakan.
Tetapi sebelum anda mengemukakan masalah di Papan Maklumat, SILA RUJUK DI SINI DAHULU!

Pengenalan Pelajaran 1 Pelajaran 2 Pelajaran 3 Pelajaran 4 FAQ

Berikut adalah antara beberapa masalah yang kerap dikemukakan;

1. Up-Loading (Menghantar dokumen dan fail ke sampul HP anda)

    Untuk menghantar fail ke HP anda sila pastikan anda mempunyai perkara-perkara berikut:

    • Perisian khas ftp (file transfer protocol = protokol pindah fail) yang dianjurkan oleh penyedia laman web anda;
    • Salin nama khas ftp penyedia laman web anda;
    • Salin nama Halaman Peribadi (HP) yang didaftarkan; dan
    • Ingat password yang diberikan untuk anda -- ada penyedia laman web membenarkan penggunaan email yang telah anda daftarkan.

    Sesudah perisian berkenan dipasang (installed);

    • Buka perisian ftp yang anda gunakan;
    • Isikan maklumat pada bahagian yang berkenaan;
    • Isikan maklumat di "Preference"
    • Klik butang "Connect"; dan
    • Pilih antara operasi "up-load" atau "down-load"

2. Kenapa Imej Tak Kelihatan?

    Masalah ini selalunya dihadapi oleh pengguna laman web yang tidak membenarkan nama fail ditulis dalam campuran huruf besar dan kecil.

    • Pastikan supaya huruf yang digunakan untuk menulis rujukan <A HREF="---"> dan nama fail yang dirujuk adalah sama iaitu SEMUANYA DALAM HURUF KECIL (lower case). Baca seterusnya.
    • Nama fail imej hendaklah ditulis dalam huruf kecil (lower case). Contohnya, hendaklah ditulis gambar.jpg atau gambar.gif bukan gambar.JPG atau Gambar.GIF.
    • Rujukan yang dimaksudkan juga hendaklah ditulis dalam huruf kecil. Contohnya, hendaklah dituliskan <A HREF="gambar.jpg"> bukan<A HREF="Gambar.GIF".

    Maslah yang dihadapi oleh pengguna laman web yang membenarkan penggunaan sampul;

    • Di samping masalah di atas, pastikan juga lokasi (URL) fail dirujuk adalah betul.

    Untuk mengatasi masalah ini anda hendaklah mengedit dokumen HTML anda sama ada secara langsung (on-line) menggunakan perisian khas yang disediakan oleh penyedia laman web ataupun untuk menjimatkan masa anda boleh melakukannya off-line dan menggunakan kemudahan salin dan tampal (copy & paste).

3. Apa Jadi Dengan Applet Java Saya?
    Panduan yang saya berikan memanglah khusus untuk penulisan HTML, kerana saya sebenarnya tidak pandai java. Namun kerana ramai sangat yang bertanyakan kepada saya mengenai Applet Java yang mereka gunakan, saya berikan sedikit penjelasan mengenai masalah yang biasa dihadapi;

    • Pastikan setiap program yang anda tulis menggunakan java mempunyai class file yang dirujuk. Misalnya jikalau anda mencipta applet, perisian yang anda gunakan untuk menulis applet berkenaan akan secara automatik mencipta satu class file yang khusus.
    • Pastikan class file yang dirujuk oleh applet yang anda cipta itu dipindahkan juga ke sampul HP anda.
    • Sila ambil perhatian bahawa lumrahnya perisian Shareware tidak boleh digunakan di mana-mana laman web!
4. Streaming Untuk Audio Atau Video
    Tidak semua laman web membenarkan streaming. Setahu saya hanya Geocities sahaja yang membenarkan kemudahan berkenaan.

Undur Setapak

Kembali Ke Atas