© 1997 Oleh Jack21
Ingin Tahu Mengenai Elemen Web? 
Penerangan mengenai elemen web yang harus anda sediakan pada setiap HP.
 
| Hello! | Kenapa 21? | Ke Mana? | Mencari Saya? | E-mail |
| Membina HP | Elemen Web | Lokasi Web | Tolong! | HP Anda |
 © 1997 Oleh Jack21 (Kuala Lumpur, Malaysia) Hakcipta Terpelihara

Sesudah Membaca Keterangan Di Bawah Pilih Destinasi Anda Di Sini:
| email | buku tamu | kaunter | papan maklumat | borang |
 
Apa Itu Elemen Web? 
 
Elemen web ialah komponen dasar setiap HP yang dipaparkan untuk dilayari oleh setiap tetamu. Pada dasarnya setiap HP akan mempunyai elemen-elemen berikut; 
  • Kandungan HP;
  • Maklumat mengenai pembina HP iaitu orang yang membina HP berkenaan;
  • Tarikh HP mula dipamerkan untuk umum; dan
  • Alamat email pembina HP;
Sungguhpun demikian, oleh kerana pada masa ini penulis program semakin keratif dan inovatif, pelbagai elemen tambahan semakin banyak dan mudah didapati. Antaranya ialah; 
  • Buku Tamu (BT) atau guest book;
  • Kaunter atau page counter pengira bilangan pelawat;
  • Papan Maklumat atau WWWBoard; dan
  • Borang (forms)

Perisik 
 
Akhir-akhir ini pula apabila penulisan bahasa dan program java (java language & programming) semakin meluas, wujud pula apa yang dipanggil cookies yang saya istilahkan sebagai perisik. Saya istilahkan sebagai perisik kerana ia merisik pelbagai maklumat pelawat atau tamu, seperti; 
  • Identiti pelawat (automatik atau pelawat memperkenalkan diri);
  • Jenis serta versi Pelayar Web yang digunakan;
  • Alamat penyedia khidmat internet pelawat (IP address); dan
  • Destinasi terakhir yang dilawati oleh tetamu.
Sementara itu ada pula perisik yang saya panggil perisik tumpang yang lekat di Pelayar Web. Perisik ini akan memaklumkan kepada pemiliknya pelbagai maklumat mengenai aktiviti tetamu semasa melayari internet. Pelbagai pendapat telah ditulis mengenai perisik tumpang dan maklumat lanjut mengenainya boleh anda dapati di sini ataupun di sini. Kalau nak belajar masak cookies di sini. Tetapi untuk dimakan! Hehe...
 

Bahasa Java 
 
Bahasa java sesungguhnya telah membuka pelbagai arena program, baik dari segi data asas (data-base) hinggalah kepada program grafik. Jikalau anda mahu melihat antar contoh bagaimana bahasa java digunakan dengan agak intensif, cuba lawati HP berikut; 

| Hello! | Kenapa 21? | Ke Mana? | Mencari Saya? | E-mail |
| Membina HP | Elemen Web | Lokasi Web | Tolong! | HP Anda |
 © 1997 Oleh Jack21 (Kuala Lumpur, Malaysia) Hakcipta Terpelihara