Sekolah Perhutanan Kepong

Pengenalan

Sekolah PerhutananKepong (SPK) merupakan salah satu institusi yang tertua dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang melatih pegawai berpakaian seragam dan orang awam dalam ilmu perhutanan supaya lebih cekap dan terlatih dalam sektor perhutanan.


Lokasi

Sekolah ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan lebih kurang 16km dari Kuala Lumpur.

Sejarah Sekolah Perhutanan Kepong

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1926 dan kursus pertama dimulakan pada September 1927 dengan 12 orang pelatih dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Johor dan Kedah. Pada tahun 1934 Negeri Sabah mula menghantar pelatihnya dan diikuti dengan Kelantan, Terengganu dan Brunei pada tahun 1983. Semenjak tahun 1927 hingga sekarang Sekolah Perhutanan Kepong telah melahirkan ramai pelatih berpengalaman dan mahir dalam sektor perhutanan.

Pada peringkat awal, pelatih-pelatih kursus yang dipilih adalah Pekerja-pekerja Hutan Jabatan. Kemudian pengambilan pelatih dibuka kepada kakitangan kerajaan dan orang awam ekoran daripda perubahan skim perkhidmatan Pengawas Hutan dan Renjer Hutan yang berkuatkuasa pada 1 April 1984 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sejajar dengan itu, Sekolah Perhutanan Kepong telah membuat pindaan terhadap sukatan pelajaran dan syarat kelayakan masuk. Sukatan tersebut telah dilaksanakan pada tahun 1986. Selepas 10 tahun, Sekolah Perhutanan Kepong telah menggubal satu kurikulum yang baru dan dilaksanakan dalam tahun 1996 sejajar dengan peredaran masa.


Bidang-bidang Kursus


a) Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan


Syarat Kemasukan


Tempoh Kursus


Mata Pelajaran


a) Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan


Syarat Kemasukan


Tempoh Kursus


Mata Pelajaran


Ko-Kurikulum


Semua pelatih diwajibkan mengikuti ko-kurikulum seperti di bawah:-

Peperiksaan


Pada tiap-tiap semester peperiksaan berikut akan diadakan:-



Penyampaian Sijil


Setiap pelatih yang lulus semua peperiksaan layak menerima:-

Kemudahan Kepada Pelatih


Untuk menjamin keselesaan pelatih semasa berada di Sekolah Perhutanan Kepong, berbagai kemudahan disediakan:-


a) Pembelajaran


b) Kebajikan dan Sukan

Kerjaya


Pemegang-pemegang sijil SPK adalah layak untuk dipertimbangkan:-
  1. Menjawat jawatan dengan Jabatan Perhutanan dan agensi-agensi pekerjaan yang lain.
  2. Bekerja dengan agensi-agensi swasta yang terlibat dengan perhutanan.
  3. Sebagai kontraktor di bidang perhutanan.

Borang Permohonan


Borang Permohonan Bagi Mengikuti Kursus Sijil Perhutanan : BorangKursusSPK.doc
(Sila Klik Dan Cetak Borang Tersebut)


Diantara Pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di SPK ialah:
  1. Encik D.B.Arnot (1931 - 1939)
  2. Encik F.H.Landon (1940)
  3. Encik C.A.C.Foston (1946 - 1951)
  4. Encik J.E.Cousens (1952 - 1954)
  5. Encik G.E.Ironside (1955)
  6. Encik Ismail bin Ali (1956 - 1957)
  7. Encik V.L.Bain (1958 -1960)
  8. Encik Wan Mohd. Fizi bin Wan Din (1961 - 1964)
  9. Encik Jaafar bin Hassan (1965 - 1967)
  10. Encik S.Sukumara Singham (1968 - 1970)
  11. Encik Harun bin Ismail (1971 - 1972)
  12. Tuan Hj. Abdul Hamid bin Shariff (1973 -1974)
  13. Tuan Hj. Zainal Abidin bin Md. Shariff (1975 - 1976)
  14. Puan Fatimah bte Sulaiman (1977 - 1983)
  15. Tuan Hj. Zainal Abidin bin Md. Shariff (1984 - 1988)
  16. Tuan Hj. Abdul Rahman bin Abd. Fatah (1989 - 1991)
  17. Tuan Hj. Wan Mamat Saufi bin Wan Yusof (1991 - 1995)
  18. Encik Razali bin Husin (1996 - 2000)
  19. Encik Jeffri bin Abd. Rasid (2000 - Sekarang)


[ Laman Utama | | Sejarah | | Misi dan Objektif | | Piagam Pelanggan |
| Sekolah Perhutanan Kepong | | Peperiksaan | | Latihan Dalam Perkhidmatan |
| Pusat Latihan Perhutanan Terengganu | | Kemudahan | | E-mel | | Lagu SPK | | Lagu Warisan Hijau ]