MEMPUNYAI AYAH YANG BERNAMA
MD. YUSOFF BIN PUTEH (MENINGGAL DUNIA ) - AL FATIHAH
...
DAN SEORANG IBU YANG MASIH ADA DAN TINGGAL BERSAMA SAYA....
ADIK BERADIK YANG HIDUP 5 ORANG
3 ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA
ABANG SULUNG: KASIM (DI PSPN, JPM, MELAKA) - TELAH
KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 30.11.1999. HADIAHKANLAH AL-FATIHAH :
AL-FATIHAH ....
KEDUA: NOLIAH (TELAH MENAMATKAN PERKHIDMATAN DI KEMAS
MELAKA..)
KETIGA: FATIMAH (MENINGGAL SEMASA KECIL LAGI)
KEEMPAT: SAYA (PEMBANTU TADBIR)
KELIMA: NORMAH (MENINGGAL SEMASA UMUR 3 TAHUN)
KEENAM: JASMI (PEGAWAI PTD, DI JABATAN DI MELAKA )
KETUJUH: ZAINI (DI BALAI POLIS BATU PAHAT)
KELAPAN: SAUFI (BONGSU) (USTAZ DI SEK. KEB. DI MELAKA)
SEMUA ADIK BERADIK TELAH BERUMAHTANGGA.
ABANG SULUNG MEMPUNYAI 4 ORANG CAHAYA MATA
ANAK SULUNG: KHAIRUL ANWAR (BELAJAR DI MAAHAD TAHFIZ)
KEDUA: SITI FATIMAH/USTAZ HASBULLAH
KETIGA: SITI SARAH (DI SEK. MENENGAH KEB. AGAMA)
KEEMPAT: SAUDAH (DI SEK. MENENGAH AGAMA (ARAB) DI MELAKA).
KAKAK NOLIAH MEMPUNYAI SEORANG CAHAYA MATA
PERTAMA/TUNGGAL: JAMALIAH BTE ABU/ASMADI B. JAAFAR
CAHAYA MATANYA 2 ORANG: MOHD AFI (9 TAHUN)
MOHD HAIKAL (5 BULAN).
SAYA, NOOR AINY TELAH BERUMAHTANGGA PADA 16.11.1985
DAN TELAH MEMPUNYAI 2 ORANG CAHAYA MATA.
ANAK SULUNG: NURUL DIYANA BTE JALIL (14 TAHUN - DI SEK.
MEN. AGAMA (ARAB) DI MELAKA )
ANAK KEDUA/BONGSU: MOHD RADHI BIN JALIL (13 TAHUN - DI
SEK. MEN. AGAMA (ARAB) DI MELAKA.
ADIK SAYA JASMI MEMPUNYAI 4 ORANG CAHAYA MATA
ANAK SULUNG: NURUL ALIAH (14 TAHUN - DI SEK. MENENGAH)
KEDUA: MOHD MUEZUDDIN (11 TAHUN - DI SEK. RENDAH)
KETIGA: FATIMAH HANISA (9 TAHUN - DI SEK. RENDAH)
KEEMPAT: NADIA AQILA (6 TAHUN) - DI SEK. TADIKA.
ADIK SAYA ZAINI MEMPUNYAI 4 ORANG CAHAYA MATA
ANAK SULUNG: MOHD HAMIZAN (8 TAHUN - DI SEK. RENDAH)
KEDUA: SITI NAZIRAH ( 6 TAHUN - DI SEK. TADIKA)
KETIGA: MOHD FIKRI (4 TAHUN)
KEEMPAT: MOHD FADHLI (2 TAHUN)
ADIK BONGSU SAYA SAUFI MEMPUNYAI 3 ORANG CAHAYA MATA
ANAK SULUNG: NURHIDAYAH (1 TAHUN)
KEDUA: AHMAD MUJAHID (5 BULAN)
KETIGA: NURUL IZZAH (1 BULAN)
LATAR PENDIDIKAN
SAYA TELAH DIDIDIK: DI SEK. KEB. PERNU, MELAKA.
CIKGU YANG MASIH DALAM INGATAN: CIKGU NOPIAH (DRJ: SATU)
CIKGU FATIMAH MAHMUDA (DRJ: 4)
CIKGU MUSA (DRJ: 4)
CIKGU OMAR B. BACHIK (DRJ: 6)
CIKGU AHMAD B. BABA (DRJ: 6)
SEMASA DI SEKOLAH RENDAH (DRJ 4 HINGGA DRJ 6)
SEBELAH PETANGNYA SAYA BELAJAR DI SEK. REN. AGAMA PERNU,
MELAKA.
CIKGU YANG MASIH DIINGATI: ALLAHYARHAM USTAZ HJ. AHMAD
B. KASIM
USTAZ ZUBIR B. BAHAR, USTAZAH ZAINON. SEMOGA ALLAH MERAHMATI
MEREKA.
SELEPAS BALIK DARI SEK. REN. PAGI IAITU SEBELUM PERGI
KE SEKOLAH REN. AGAMA, SAYA, ADIK BERADIK DAN SEPUPU-SEPUPU SAYA, BELAJAR
MENGAJI AL-QURAN DENGAN DATO’ SAYA, ALLAHYARHAM HJ. AHMAD BIN HJ. HASAN.
DATOK SAYA INI MEMANG MENGAJAR MENGAJI DARI ANAK KE CUCU-CICITNYA. SEMOGA
ALLAH MERAHMATI DAN MENCUCURI KE ATAS ROH NINDA SAYA ALLAHYARHAM HJ. AHMAD
B. HASAN DAN ALLAHYARHAMAH HAJJAH MAIMUNAH BTE DAENG TAWI. SEMOGA MEREKA
TERGOLONG DALAM GOLONGAN AHLI KEBAIKAN - JANNAH, SYURGA FIRDAUS, AMIIN…..
AL-FAATIHAH……
SAYA, ADIK BERADIK SAYA DAN BEBERAPA RAKAN-RAKAN DIKAMPONG
SAYA, DIAJAR SEMBAHYANG DAN FARDHU AIN OLEH ALLAHYARHAM AYAHANDA SAYA,
MD. YUSOFF BIN PUTIH. AYAHANDA SAYA MEMPUNYAI RAMAI ANAK MURIDNYA YANG
BELAJAR SEMBAHYANG DAN FARDHU AIN SEMASA KECIL, MURID-MURIDNYA KINI ADA
YANG TELAH MENJADI MUALLIM DAN ADA YANG MENYEBUT NAMA AYAHANDA SAYA DALAM
KULIAH AGAMANYA JUGA MENDOAKANNYA SEBAGAI TANDA MENGENANG GURUNYA YANG
PERTAMA MENGAJAR SEMBAHYANG DAN FARDHU AIN SEMASA KECILNYA. . ADA YANG
TELAH BERJAYA DAN SENANG HIDUPNYA PULA, MASIH MENGINGATI DAN MENGENANGNYA
DENGAN MEMBERI WANG UNTUK DIBUAT KENDURI UNTUK AYAHANDA SAYA PADA SETIAP
TAHUN. ALHAMDULILLAH, SEMOGA ALLAH CUCURI RAHMAT KE ATAS ROH AYAHANDA SAYA
YANG MULIA HATI DAN PEKERTINYA. MENGAJAR SEMBAHYANG DAN FARDHU AIN DENGAN
IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH, TANPA MEMINTA BAYARAN. SEMOGA AYAHANDA
DAN BONDA SAYA, TERGOLONG DALAM AHLI KEBAIKAN.. JANNAH. - SYURGA FIRDAUS.
AMIIN… AL-FATIHAH…..
SEMOGA RAMAILAH LAGI HENDAKNYA, YANG BERBAKTI SEPERTI
AYAHANDA SAYA, SEMOGA LEBIH RAMAILAH LAGI ANAK-ANAK TIDAK TERBIAR DAN BUTA
HATI JUA MATANYA TENTANG AGAMA, SEMBAHYANG DAN FARDHU AIN.
SEMOGA LEBIH RAMAILAH LAGI ANAK BANGSA MENJADI INSAN BERGUNA,
TANPA LEPAK, MEMBUANG MASA DAN MELANGGAR BATAS-BATAS AGAMA SETELAH CELIK
DAN DIDIDIK DENGAN AGAMA SEWAKTU KECILNYA DAN SEHINGGA KE LIANG LAHAD.
DI SINI SAYA INGIN MENGAJAK SEMUA, MEMBACA SEBUAH
BUKU YANG SAYA RASA AMAT BAIK SEKALI UNTUK DIBACA OLEH SEMUA UMAT ISLAM
... BUKU TERSEBUT NAMANYA" HIDUP SESUDAH MATI" KARYA BEY ARIFIN... SAYA
TELAH MEMBACANYA SELEPAS PEPERIKSAAN SPM, TINGKATAN LIMA...
DAN SAYA RASA BUKU ITU SANGAT MENARIK, DAPAT MENGINSAFKAN DIRI KITA
AGAR BENAR BENAR MENJAGA DAN MEMELIHARA BATAS AGAMA... BUAT SURUHAN-NYA
DAN JAUHKAN LARANGAN-NYA.. KERANA TAKUTKAN AZAB YANG TAK TERPERI RASA SIKSANYA,
TAKUTKAN AZAB NERAKANYA .... DAN BERHAJATKAN SYURGA-NYA ...YANG
MAHA BAHAGIA .. DENGAN BELAS IHSAN DARI-NYA.... INSYAALLAH...
BERSAMBUNG SEMULA MENGENAI DIRI SAYA:
SAYA BERSEKOLAH MENENGAH DI SEK. MEN. DATO’ ABDUL RAHMAN
YAAKUB, MERLIMAU, MELAKA. (SDARY)
CIKGU YANG MASIH DIINGATI: CIKGU ZAINAB KECHIK - MENGAJAR
SEJARAH T: 3.
CIKGU /USTAZ HJ. MOHD SAID (MENGAJAR AGAMA)
CIKGU SABTU B. MANAF/NOOR S.M. (MENGAJAR BAHASA &
SASTERA DI T:5)
SEMOGA MEREKA SEMUA DIRAHMATI ALLAH.
SELEPAS SPM SAYA BELAJAR MENAIP DI INSTITIUT TRENGKAS
MERLIMAU DAN INSTITIUT TRENGKAS DI MELAKA.
PENGALAMAN BEKERJA SELEPAS
SPM
-
SEBAGAI KERANI/JURUTAIP DI SEBUAH SYARIKAT DI MELAKA
-
SEBAGAI OPERATOR PENGELUAR DI KILANG KAIN DI ALAI, MELAKA
-
PENGHITUNG TINGKATAN BIASA SEMENTARA DI JABATAN PERANGKAAN
K.LUMPUR
-
JURUTAIP DI PUSTAKA ANTARA, K.LUMPUR
-
DAN KINI BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU TADBIR DI JABATAN DI MELAKA.
HOBI SAYA
-
MEMBACA,
-
MENGEDIT/MENAMBAH LAMAN HOMEPAGE/WEBSITE SAYA.
-
MENDENGAR NASYID DAN AL-QURAN,
-
MEMBACA DAN MENTELAAH TAFSIR AL-QURAN,
-
MENGUMPUL OBOR SUCI/MUTIARA KATA,
-
MENGUMPUL RESEPI YANG MENARIK,
-
MENULIS PUISI DAN MENGHADAP KOMPUTER/MEMBACA HALAMAN WEB
YANG BERUNSUR AGAMA DAN PENGETAHUAN.
CITA-CITA SAYA
INGIN MAJU JAYA DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT. INGIN
MELIHAT CAHAYA MATA SAYA BERJAYA HIDUPNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. INGIN MENGHULUR
MANFAAT KEPADA SEKALIAN UMAT MANUSIA AGAR SEMUA HIDUP BERJAYA, BAHAGIA
DUNIA DAN AKHIRAT. DOAKANLAH SEMOGA SEGALA CITA CITA SAYA BERJAYA........
DAN
DOAKAN . SAYA DAN KELUARGA SEHAT DAN SELAMAT DUNIA- AKHIRAT..
INSYAALLAH.
BIDANG YANG SAYA GEMARI
-
BIDANG PENULISAN/SASTERA
-
MENJADI AHLI PERSATUAN PENULIS NEGERI MELAKA (PENAMA)
-
2 BUAH ANTOLOGI YANG TERMUAT TULISAN SAYA IALAH:
-
ANTOLOGI BERSAMA PENULIS NEGERI MELAKA:
-
ANTOLOGI PUISI BERSAMA : SIMFONI KASIH TERBITAN DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA.
-
ANTOLOGI BERSAMA CERPEN KANAK-KANAK:
-
ANAK KERA TERBITAN FAJAR BAKTI DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN.
-
TULISAN SAYA (PUISI) PERNAH TERSIAR DI AKHBAR BULETIN UTAMA,
UTUSAN ZAMAN, MINGGUAN MALAYSIA, BERITA MINGGU DAN MAJALAH JELITA.
-
KARYA SAYA JUGA PERNAH TERSIAR DI CORONG RADIO MELAKA DAN
RADIO KUALA LUMPUR.
-
SATU LAGI KEGEMARAN SAYA….IAITU BERNIAGA (SUNNAH RASULULLAH
S.A.W.). SAYA JUGA MEMPUNYAI BEBERAPA PELUANG UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN
SECARA SAMPINGAN ATAU SEPENUH MASA ... YANG MUDAH DAN MURAH. JIKA
ADA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN DI ATAS ATAU EMEL SAYA ATAU
HANTARKAN SAMPUL SURAT BERALAMAT SENDIRI BESERTA SETEM KEPADA ALAMAT SAYA
DI ATAS UNTUK SAYA KIRIMKAN BORANG MENAMBAH PENDAPATAN TERSEBUT. / ATAU
BOLEH LIHAT DIWEB IKLAN SAYA DI SINI .. http://www.geocities.com/nooriemy/myiklan.htm
-
SAYA, GEMAR MENAIP/JURUTAIP, OLEH ITU SESIAPA YANG INGIN
MENEMPAH MENAIP DAN SCANER APA JUA BAHAN, SILALAH HUBUNGI DI TALIAN SAYA,
MELAUI DATANG SENDIRI ATAU MELALUI POS. INSYAALLAH AKAN SAYA TUNAIKAN TEMPAHAN
ANDA.
-
SAYA ADA RESEPI ISTIMEWA IAITU :RESEPI
MEMBUAT KEK KUKUS BUAH-BUAHAN ISTIMEWA YANG DIKUKUS SELAMA 4
JAM DAN BOLEH TAHAN LAMA SEHINGGA SEBULAN DAN LEBIH. JIKA INGIN MENEMPAH
BOLEHLAH HUBUNGI SAYA DI TALIAN DI ATAS. INSYAALLAH, AKAN SAYA LAYANI
TEMPAHAN ANDA…DAN JIKA INGIN MENCUBA MEMBUAT SENDIRI KEK TERSEBUT
SILALAH KLIK RESEPI MEMBUAT KEK KUKUS BUAH BUAHAN ISTIMEWA TERSEBUT.
-
. SEKIAN, TERIMA KASIH. "ASSALAAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI
WABARAKATUH."
'SALAM UKHUWAH DARI SAYA SELALU’
Laman
Ke 2 saya
*LAMAN
UTAMA* *KARYA*
*SYARAHAN*
*NASYID*
* BACAAN
AL-QURAN* *LAMAN
AM*
*MUTIARA
KATA*
*LINK*
*MUTIARA
KATA & HADITH - 1 *
*HADITH
- 2 - MENGENAI SYURGA*
*TERJEMAHAN
AL-QURAN* - MUTIARA 3 HINGGA SETERUSNYA.
1
& 2 - SURAH AL FATIHAH DAN AL BAQARAH -
2
- SAMBUNGAN SURAH AL BAQARAH HINGGA AKHIR -
3
- SURAH ALI 'IMRAN HINGGA AKHIR -
4
- SURAH AN NISAA' HINGGA AKHIR -
5
- SURAH AL MAA-IDAH HINGGA AKHIR -
6
- SURAH AL AN'AAM - AYAT 1 HINGGA 73 -
6
- SAMBUNGAN SURAH AL AN'AAM - AYAT 74 HINGGA AKHIR -
7
- SURAH AL A'RAAF HINGGA AKHIR -
8
- SURAH AL ANFAAL HINGGA AKHIR -
_____________________________________________________________
-
LAMAN AM -
*FARDHU
'AIN*
*
LAMAN NIAGA *
*
LAMAN HADIS/OBOR SUCI *
*
LAMAN KELUARGA - 1*
*
LAMAN KELUARGA - 2 *
*
LAMAN UNTUK WANITA *
*
LAMAN NASIHAT, PANDUAN DAN PESANAN *
*
KISAH BENAR PENGALAMAN INSAN *
*
RASULULLAH DI HARI KEBANGKITAN *
*
TAFSIR AL QURAN *
*
TAFSIR : MUQADDIMAH *
*
TAFSIR : SURAH-SURAH *
*
TAFSIR : PANDUAN CARIAN *
*
TAFSIR : CARIAN INDEX *
*
TAFSIR : ASBABUNNUZUL *
*
TAFSIR : KISAH-KISAH *
*
TAFSIR : MAKLUMBALAS *
*
CARIAN UNTUK " SOLAT " *
*
HIMPUNAN AYAT ALQURAN (TAFSIR) MENGENAI SYURGA
*
HIMPUNAN AYAT AL QURAN (TAFSIR) MENGENAI NERAKA
*
SIFAT 20 YANG WAJIB BAGI ALLAH
_____________________________________________________________
*
LAMAN KARYA / PUISI/SAJAK - KOLEKSI 1
-
Kata - Selalu menyesal Kemudian - Bila Alpa - Syukur PadaMu Ilahi - Cinta
- Impian Abadi -
Adakah
Sahabat Setia - Harapanku - Apakah - Cikgu - Masa - Belati Kata - Maha
Bahagia -
Selamatkan
Kami - Wanita Oh Wanita - Seuntai Kata Kiasan - Cinta Abadi - Terpanggang.
*
PUISI/SAJAK - KOLEKSI 2
-
Kenangan Bersama Guru - Renungan-Bagaimanakah - Natijah Akhir -
*
PUISI/SAJAK - KOLEKSI 3
-
Adik Azuanku Sayang - Ubat Hati - Hanya UntukNya - Hati Yang Menangis
- Hidupkan Silaturrahim - Untukmu Adik Muhamad Fazrul - Hati Nurani Seorang
Pesakit -
Sajak
Kiriman daripada En. Muzir (Mana Lindunganmu, Rambu-Rambu, Destinasi Sejati,
Lagu-lagu Semalam, Puisi Untuk Alam, Bohsia Kota, Lagu
Sang Camar, Sebuah Potret)
Sajak
ciptaan anakanda saya Nurul Diyana (Sepatutnya Kita Tahu, Duniaku, Alam,
Remaja Zaman Sekarang) Sajak Kiriman daripada Isbiha ( Erti Kemerdekaan)
*
PUISI/SAJAK - KOLEKSI 4
-
Kekejaman - Sepatutnya -
*
PUISI/SAJAK - KOLEKSI 5
-
Kemerdekaan '98 -
*
PUISI/SAJAK - KOLEKSI 6
-
Dalam Kekelaman Bertemu Sinar Iman - Muliamu Wanita -
Kiriman
seorang insan (Wasiat Nabi Junjungan Kepada Saidina Ali r.a)
*
PUISI/SAJAK - KOLEKSI 7
-
Kisah Malam Tahun Baru 2000 -
-
Anakanda Adi (Mohd Radhi) -
-
Allahyarham Abang Sulungku Kasim -
*
PUISI/SAJAK - KOLEKSI 8
-
SANTAPAN ROHANI -
_____________________________________________________________
*
LINK KE LAMAN PENDIDIKAN *
*
LINK KE LAMAN - MENDALAMI ISLAM *
*
LINK KE LAMAN - PANDUAN KOMPUTER DAN INTERNET *
Sign
Guestbook ||||
View
Guestbook
SYUKRAN WALHAMDULILLAH
_________________________________________________________________________________
* Assalaamu'alaikum kepada
semua pengunjung laman web saya.
Syukur alhamdulillah
kerana kita telah dikurniakan anugerah yang paling besar dari Allah dengan
nikmat Islam dan Iman. Semoga nikmat itu berterusan sehingga akhir hayat
kita sehingga kita dapat kembali bertemuNya dalam keadaan keredhaanNya
dengan Islam dan Iman juga. Semoga doa kita ini dimakbulkan oleh
Allah.
Bersamalah kita menjaga
kurnia Allah itu dengan sebaik-baiknya... mengerjakan yang disuruhNya,
meninggalkan yang dilarang dan ditegah olehNya. Semoga kita sentiada
diredhai dan dirahmati olehNya.
Besarlah harapan saya
dan cita cita saya ingin mengabadikan seberapa yang terdaya oleh saya "terjemahan
al quran" yang saya letakkan di laman mutiara kata 3 dan seterusnya,
di website/homepage saya ini. Jika diizinkan Allah dan diberi kemudahan
dari segi kesihatan dan kewangan yang baik, saya ingin menyalin/copy
kesemua terjemahan Alquran ke dalam laman web saya ini, InsyaAllah.
Dalam zaman yang sentiasa
manusia berkeadaan sebok dan kesuntukan masa bekerja mencari rezeki dan
sebagainya, selalu terlupa untuk mentela'ah/membaca Al Quran
dan terjemahanNya, sedangkan Al Quran dan Hadith adalah peninggalan
dari Nabi tercinta kita untuk penunjuk jalan kehidupan di dunia ini, agar
tidak tersesat dari jalan yang lurus. Semoga kita tidak meninggalkan
terus Al Quran dan Al Hadith dari hidup kita di dunia ini, sedangkan
setiap hari kita masih ada masa untuk melihat masmedia seperti akhbar,
majalah, tv, video, internet dan sebagainya. Bukankah masa yang diperuntukkan
untuknya, bermakna kita masih ada masa rehat yang boleh juga kita peruntukkan
untuk mendampingi Al Quran dan Al Hadith, yang merupakan mukjizat
nabi kita, berupa panduan hidup kita di dunia ini, untuk ke jalan kebahagiaan
hidup manusia di dunia... hingga akhirat...
SEPERTI YANG TELAH DIJANJIKAN
KEPADA KITA, MANUSIA... KITA TIDAK AKAN SESAT .. SELAGI BERPANDU DENGAN
ALQURAN DAN HADITH ... DAN HANYA ALQURAN DAN HADITH SAJALAH PENINGGALAN
NABI KITA KEPADA MANUSIA DI DUNIA .... SEBAGAI PANDUAN HIDUP ...
DISAMPING ULAMA' ADALAH PEWARIS ATAU WARISAN NABI YANG KITA MULIAKAN
DI DUNIA ... USAH PINGGIR ATAU ABAIKAN MEREKA ,,,,, DAMPINGILAH MEREKA
UNTUK MENDAPAT ILMU DARI MEREKA DAN MANAFAAT BERGUNA DARI MEREKA UNTUK
KITA SEMUA ... INSYAALLAH....
Disamping mematuhi dan
mengamalkan rukun Islam dan rukun Iman, kita hendaklah juga mengamalkan,
membaca, menghafaz, mentelaah isi Al Quran dan Al Hadith, juga hendaklah
selalu mengingati Allah, berzikir tiap ada masa luang samada berzikir lidah
dan hati, semasa lapang atau sedang bekerja supaya masa yang dipinjamkan
untuk kita hidup di dunia ini penuh berisi dan tidak kita sia-siakan. Kita
juga dianjurkan supaya selalu bangun berqiamullail.. bagi menghidupkan
malam untuk penyucian rohani dan memohon ampun, istighfar dan taubat serta
memohon apa jua doa yang kita hajatkan untuk kehidupan dunia dan akhirat..
insyaAllah Allah akan mengabulkan doa kita samada di dunia dan di akhirat
.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang .. Allah Maha Pengampun
dan Pemaaf, Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha segala segalanya... Hanya
kepada Nyalah tempat kita meminta dan memohon pertolongan ... oleh itu,
kita hendaklah berniat bergantung harapkan kepadaNya bukan kepada manusia
atau makhluk Allah... usah sekali kali kita syirik kepadaNya
kerana dosa-dosa lain Allah boleh mengampunkan kecuali dosa syirik kepadaNya...
Oleh itu hati-hatilah kita semua menjalani hidup sementara di dunia ini
.. di jalan yang lurus dan benar dan tidak tersesat ... supaya kita selamat
kembali ke negeri abadi kita yang kekal dan hidup berbahagia bukan derita
.. insyaAllah ... Kita juga hendaklah selalu berselawat ke atas nabi
s.a.w. kerana terlalu banyak manafaatnya dan fadhilat berselawat tersebut
... insyaAllah .. semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat
.. Amiin...
Silalah hayati fadhilat
dan kelebihan berselawat:
http://www.jaring.my/annur/cerita/selawat.htm
KITA
HENDAKLAH SELALU BERMURAH HATI DENGAN BERDERMA DAN MENGELUARKAN ZAKAT ..
SUPAYA HIDUP KITA BERKAT DAN DI REDHAI ALLAH .. DAN TIDAK TERSEKSA DI AKHIRAT
KERANA SIFAT BAKHIL KITA, DENGAN REZEKI KURNIAAN ALLAH YANG DIBERIKAN DAN
ANUGERAHKAN ...
Di sinilah hasrat saya,
mengharapkan saya dan pengunjung laman web saya tidak hanya membuang masa
melayari maya dengan laman yang berbentuk hiburan sahaja.. tetapi dapat
juga melayari laman yang berunsur agama yang membawa kebaikan dan pahala
untuk kita semua... dalam mencari kebahagiaan hakiki... Carilah dan
layarilah laman yang menguntungkan hidup dunia akhirat kita. Dunia
adalah jambatan akhirat... bijaklah kita melayari kehidupan sementara ini
.. agar tiada sesalan di negara abadi kita nanti.
Di laman web saya ini,
saya sediakan link ke bahagian bacaan Al Quran dan juga link ke terjemahan
alquran (di laman mutiara kata 3 dan seterusnya.) Selalulah berkunjung
ke situ ... di samping ke laman lain yang disediakan ...
SEBUAH WEB YANG BARU
SAYA BINA PADA TAHUN 2000 INI... JUGA ADA SAYA SEDIAKAN LAMAN TERJEMAHAN
ALQURAN .. SILALAH LAWATI ... DAN SELALULAH BERKUNJUNG KE SITU ..
silalah klik alamatnya
seperti di atas... iaitu laman web kedua saya..
Di sini juga, saya menyeru
kepada anda yang mempunyai kelebihan dari rezeki yang diberi Allah dan
ingin membuat sumbangan berbentuk kewangan untuk usaha saya ini,
silalah kirimkan kepada/atas nama dan alamat saya seperti di atas atau
di bawah laman web saya ini, melalui cek, tunai, money order, postal
order atau melalui salah satu daripada akaun saya :
BSN Giro: 0410029870455751
MAYBANK : 004058403574
Semoga sumbangan anda
tersebut diredhai olehNya dalam usaha kita bersama menyiarkan amar
makruf nahi mungkar kewajiban kita bersama di dunia sebagai khalifatullah
... InsyaAllah .... Sekian, wasalam.
Wabillaahitaufiq walhidayah,
Syukran Walhamdulillah.
Ikhlas daripada:
NOOR AINY MD. YUSOFF
6561-C, KM. 12,
KG. PERNU,
75460 MELAKA, MALAYSIA.
email:
noorymy@hotmail.com
noorainy@tm.net.my
icq
No: 21728417
Dan sekiranya saya mempunyai
kelebihan rezeki pula, wang anda itu akan saya hulurkan kepada kebajikan
akhirat anda (wakaf) sebagai saham akhirat untuk anda seperti didermakan
kepada rumah anak yatim atau anak-anak yatim, balu-balu atau ibu tunggal
yang tiada hasil pendapatan, derma/pembangunan masjid, surau, institiusi
agama, fakir miskin, muallaf (yang baru memeluk islam - saudara baru)
yang keputusan wang, pesakit yang keputusan wang, musafir yang keputusan
wang, pelajar agama yang keputusan wang ... dan lain lain yang difikirkan
perlu untuk kebajikan manusia dan agama ... InsyaAllah ... Lebih
baik sekiranya setelah anda memberi sumbangan, anda maklumkan kepada saya
beserta nama dan banyak wang yang disumbangkan melalui talipon atau kirimkan/poskan
bukti sumbangan supaya mudah bagi saya untuk menyumbangkan pula wang anda
kepada kebajikan tersebut bagi pihak anda ,.. sekiranya saya dikurnia rezeki
yang lebih oleh Allah ... InsyaAllah ...
* jazakallahu khairan
*
Sekian, wasalam..
_________________________________________________________________________________
KE
LAMAN UTAMA
KE
LAMAN WEB KE 2 SAYA
KE
LAMAN KE 3 SAYA