KOLEKSI 1 | KOLEKSI 4 |
KOLEKSI 2 | KOLEKSI 5 |
KOLEKSI 3 | KOLEKSI 6 |
KATA
Kerana kata
bisa sayang mendatang
kerana kata
bisa sayang melayang
Segalanya kerana kata
orang bisa menguji
apakah di hati
Segalanya kerana kata
bisa mengukir senyum dan tawa
bisa mencuka rasa
terluka berairmata.
Nukilan: Nurdina M.Y- Februari 1996 (Berita Minggu)
SELALU MENYESAL KEMUDIAN
Titik-titik hujan
tempias di wajahku
angin senja sejuk mesra
menyapa jasadku
Kabus jerebu
telah hilang di wajah langit
sinar surya muncul
menyahut gamit
Syukur padaMu
Yang Maha Memberi
pada kami yang kadang-kala
lupa mensyukuri
segala nikmat curahanMu ...
Betapa kami manusia
sering lupa masa senang
ingat masa susah ...
bagaikan ...
sang buaya terlepas dari tersepit
akhirnya tersepit semula
kerana tamaknya dan terlupa diri
menyesal menangis, tak berguna lagi
kerana tak siapa akan menolongi ...
Nukilan: Noor Ainy M.Y (Nurdina M.Y), Melaka
(Disember 1997)
BILA ALPA
Baginya ....
pagi petang
siang malam
serupa ....
Harta adalah matlamat
tapi bukan penyelamat
Usia tak terasa
semakin meningkat
tiba-tiba ..
jasad lemah layu
ahmar menyerang kaku
Nak bertaubat
menangis menyesal
jasad tak upaya
menunai solat
Seluruh usia
gugur dimakan masa
tanpa ibadat
Sesal kemudian
tiada kesudahan
mengalirlah
si airmata darah
sudah tidak bermakna
Begitulah
bila telah sesal kemudian ..
sesal dulu pendapatan
Liku-liku jalanan
manusia alpa
akhirat adalah kehidupan sempurna
bisakah tercapai
bertaubatlah, beribadah apa terdaya
selagi nafas ada
Insya'Allah ... serah kepada Allah
yang empunya segala.
Nukilan: Noor Ainy M.Y, Melaka
29 Nov. 1997
SYUKUR PADAMU ILAHI
Ternyata
aku tidak bersendiri
sejak internet aku kenali
ukhuwah Islamiah serata dunia
dapat aku rasai
ilmu agama bertambah mengerti
Mendekatkan lagi
aku kepada Ilahi
mengenangkan ilmu yang diberi
walau cuma setitis
bak setitis air laut dunia
namun...sungguh mengagumkan
ilmu yang diberi pada minda manusiawi
Tuhan Yang Maha Kaya
Maha Mengetahui
Maha Memberi
Maha Mengasihani
Aku sujud syukur padaMu
Ya Ilahi...
bimbingilah kami
ke arah kebahagiaan sejati
syurga firdausMu yang abadi.
oleh : Noor Ainy M.Y, Melaka
Ahad: 15 Februari 98 - Jam: 8.10 Malam.
CINTA
Kasih sayang kepada manusia
selalu menurut katanya
untuk hidup bahagia
Lalu aku simpulkan
kasih sayang kepada Tuhan
jika tidak menurut perintahnya
kita juga tak akan bahagia
Bahagia cinta kepada Allah
kekal selamanya
tidak serupa cinta manusia
Aku tetap
hanya cinta kepadaNya
satu tiada duanya.
oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
17 Februari 98 - 11.00 Malam..
IMPIAN ABADI
Apakah ku cari
dalam hidup ini
ketenangan dan
kebahagiaan sejati
Ketenangan dan
kebahagiaan sejati
milik abadi
bukanlah ujudnya
di alam fana ini
Justeru itu
hatiku tiada lagi di sini
hatiku di sana
mengejar ketenangan
dan kebahagiaan sejati
Moga apa yang ku cita
dan impikan
akan menjadi nyata
semuanya menjadi
milik abadiku
harapanku yang satu.
oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
17 Januari 98 - 11.00 Malam.
ADAKAH SAHABAT SETIA
Ingin ku punya
sahabat setia
susah senang bersama
dari dunia hingga ke sana
Mungkinkah akan kujumpa
sahabat begitu
ketika dunia maju
ketika manusia bagai kelkatu
tertipu dek kilauan lampu
Lampu benderang
digelita kuburan dilupakan
Al-Quran penyuluh
sinaran benderang di kuburan
ditinggalkan...
Bila tersedar
sendiri gelita di kuburan
apalah daya
diri tak kan kembali
ke dunia...
Sesal sudah tidak bermakna
lampu penyuluh
tertinggal di dunia...
tinggallah diri hidup gelita
menanti akhirat entahkan bila...
Sebenarnya...Al-Quranlah
sahabat setia kita
menerangi alam maya
di dua dunia...
untuk bahagia...selamanya...
Tidakkah kita mahu
diberi bahagia tiada taranya...
fikirlah sendiri
kerana fikir itu pelita hati...
oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
23 Februari 98 - 6.00 Petang.
HARAPANKU
Berapakah lama
lagi
hidupku ini
sedang amal ibadat
belum ku puas hati
Ku inginkan
anak penyambung zuriatku
meneruskan perjuangan
yang belum selesai
setelah ku tiada lagi
di dunia ini
Anakku
ku ingin kau menjadi
mujahid Islam
seperti dahulu kala
cekal tabah menegak agama
Akan ku salurkan kau
ke arah itu
melalui pendidikan agama
bekalan yang cukup
terpahat di dada
Suburlah kau anakku
sesegar bunga bangsa
penegak pejuang agama
Tika itu
barulah bisa
ku puas tersenyum
cita-citaku berjaya.
oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
25 Januari 98 - 1.00 Pagi.
APAKAH
Apakah sebenar
yang ku cari
dalam hidup ini
ketenangan dan
kebahagiaan sejati
Anak telah ku punya
sihat masih ku rasa
masih yang ku belum cukup
bekalan untuk hidupku abadi
di sana nanti
Jangan ku lupa
Zikrullah dan Selawat
Rasulullah sentiasa
agar redha dan rahmat
dariMu untukku selalu.
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
24 Januari 98 - 1.00 Pagi.
CIKGU
Cikgu adalah
seorang ayah
seorang ibu
seorang ulama'
seorang pemimpin
seorang datuk
seorang nenek
yang penyayang
dan pembimbing
Cikgu adalah
segala-galanya
tanpa cikgu
hati hati tiada cahaya
manusia menjadi
haiwan melata
Cikgulah
martabadkan agama
bangsa, negara dan dunia
memerdekakan
membangunkan negara
dan nilai diri seorang
manusiawi sejati
Terima kasih
padamu cikgu
ikhlas dan ihsanmu
hanya Allah
yang merahmatimu.
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
27 Februari 98 - 6.30 Petang.
MASA
Belum puas ku
bernafas
sudah tiba...seminggu
dan sebulan...pastinya
setahun...
Penggantian masa
cepat terasa
umur bertambah
dunia semakin tua
Pancaindera yang ada
kurnia Yang Kuasa
tempatkan pada yang mulia
menambah ilmu berguna
bekalan dunia dan ke sana
Mata yang terang
bersyukurlah dengan
memandang yang berpahala
jangan sampai diambilnya semula
Begitulah jua
pada lain pancaindera
kelak mendapat bahagia
terhindar celaka
Jangan pula nanti
sesal tidak bermakna
malaikat maut tiba
tak sempat bertaubat pula.
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
28 Februari 98 - 6.20 Petang.
BELATI KATA
Mengapa tidak
bisa
ku lupakan kenangan lalu
yang menusuk jiwaku
Begitulah bila
jiwa tertusuk
belati kata
sukar sembuhnya
pasti...parutnya
tetap ada selamanya
Kerana itu aku perlu
menjaga kataku
jangan pula ada
yang tertusuk pilu
belati kataku
seperti kini aku yang merasa
bahana tertusuk belati kata...
Kerana itu aku perlu
selalu berhati-hati
menjaga kataku
jangan sampai menjadi belati
mematikan hati...
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
28 Februari 98 - 7.00 Petang.
MAHA BAHAGIA
Tuhan
apakah ini dugaan
yang besar dariMu untukku
aku pasrah padaMu Tuhan
Meski hatiku dicuka
meski jiwaku diluka
akan ku telan jua
kerana aku pasti
Kau Maha Adil
Jika tidak ku bahagia di sini
harapanku agar
bahagiaku di sana
terbasuhlah airmata
kerana di sana
Maha Bahagia...
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
24 Januari 98 - 11.00 Malam.
SELAMATKAN KAMI
Matahari sejengkal
di atas kepala
dibanjiri lemas peluh
manusia kelam kabut
hanya yang berbekal pahala
dan berat timbang kebajikan
yang tenang dan senang
senyum dan bahagia
Matahari sejengkal di atas kepala
bagaimanakah dahsyatnya
agaknya.....
sedang di dunia kini
panasnya tidak tertahankan
rasa.....
Oh! Tuhan
selamatkan kami
tika di sana
berikan kami naungan
sejuk nyaman
bersama para ambiya'
shuhada dan wali Allah
hanya Kau lah penolong kami
hanya Kau lah Maha Mengasihani
Terimalah taubat kami ini
dan lorongkanlah hati kami
ke arah Mu Ya Ilahi
pengabdian hanyalah kepada Mu
Perkenankanlah Ya Allah
Yang Maha Suci.
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
01 Mac 98 - 4.30 Petang.
WANITA OH WANITA
Disisi restoran
segera
dan supermarket
juga di mana-mana
gadis/wanita ayu lalu
Gadis/wanita ayu melayu
manis menawan
mencari rezeki
dan ke mana-mana
Islamnya dilawan
Dengan rambut terurai
baju ala barat
melirik senyum
bertepuklah syaitan
Apalah jadi anak bangsaku
mencari rezeki/bersiar-siar
menggadai agama
tidak takutkah mereka
meraung di sana...
kerana membuka auratnya
Kasihan anak bangsaku
tertipu dek sedikit sukanya
ayah ibu tidak dibantu
dengan menjunjung perintah agama
Ayah ibu akan disoal tanya
mengapa anaknya tak menurut kata
perintah Tuhan nya
dan ayah ibu tidak akan bahagia
jika anak mereka disiksa di sana
Wahai anak-anak
jika benar kasih akan ayah ibumu
turutlah kata perintah Tuhan mu
supaya ayah ibu tidak disiksa sama
kerana mengabaikan
tanggungjawab agama
untuk anaknya ketika di dunia
Kasihani ayah ibumu
yang telah berkorban untukmu
jika enggan mereka
dan dirimu menderita di sana
tegak teguhlah dengan agamamu...
jadilah anak yang soleh/solehah
untuk bahagia di dua dunia.
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
03 Mac 98 - 12.30 Malam.
Kembali ke atasg
Maha Suci.
JJJJJ
SEUNTAI KATA KIASAN
Tika bertemu
saling bersalaman
tanpa jemu, penuh ukhuwah
sesama bangsa
saling mengejar
mencecap makanan
paling disukai
butiran putih manis
yang enak di selera mereka
Itulah semut dan gula
hingga akhir pun tak terpisah
saling perlu memerlui
Sayangnya dalam kebahagiaan
mencecap rasa
adakalanya terpenggal nyawa
semata-mata kerana cinta mereka
Itulah ibaratnya semut dan gula
dan jua bagaikan kiasan
cinta dan manusia
adakalanya seperti semut dan gula
terkorban oleh kecintaan mereka.
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
13 Jun 95 - 6.00 Petang.
Kembali ke atas JJJJJ
CINTA ABADI
Bila kasih telah
di hati
seribu pengorbanan
cekal termetri
anugerah demi anugerah
silih berganti
petanda kasih
tak berbelah bahagi
Segala permintaan
tidak disanggahi
bak menatang minyak
yang penuh berisi
bimbang ditumpahi
gusar disakiti
bahagia yang diharapi
Ku berfikir, hati menafsir
begitulah bila kita dikasihi Allah
Yang Maha Esa
dan Maha segalanya
berlipat ganda diperolehi
anugerahNya
Cinta dan kasih dari Al-Khaliq
jadi buruan insanul kamil
kerana cintaNya paling Agung
menjanjikan penuh bahagia
yang tak terfikirkan
dan tak tergambarkan
Cintalah manusia kerana Allah
dan cintailah Allah melebihi segala
kau akan dapati dan miliki
kedua cinta yang amat kau perlui
sementara kembali ke alam abadi
yang sedia menanti
Maha bahagia atau sebaliknya.
Oleh : Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
28 Julai 95 - 1.25 Malam.
Kembali ke atas JJJJJ
TERPANGGANG
Di sini hatiku
terpanggang
mataku tercucuk sembilu
hidungku terhidu menjijikkan
telingaku tersumbat menyengat
segala yang penuh kemungkaran
Di sini tiada lagi ketenteraman
siapakah empunya bersalah
aku, kau atau mereka
tentunya masyarakat
iaitu kita dan semua
yang segera perlu merubah
segalanya
Ubahkan kesiksaan ini
menjadi kebahagiaan maya pada
bersihkan segala yang menjijikkan
duhai saudara-saudaraku
ibu-bapa dan adik-adikku
Agar di sini di dunia Islam ini
tiada lagi Sang Penderhaka Tuhan
yang kejam bakal direjam
Bersihkan tanah bertuah ini
dari anika kemungkaran
yang gelap pekat menimbun dosa
jang>