PROGRAM GEMPUR MINDA
1.0 RASIONAL

MENYEDARI   bahawa proses perbentukan minda merupakan asas kepada pembinaan diri, sahsiah dan ketaqwaan dalam diri manusia, MENGISAFI bahawa generasi pelajar dan remaja hari ini
terlalu terdedah kepada pengaruh luaran yang negatif yang melupakan pelajar dan remaja terhadap tanggungjawab diri maka ADALAH DIHARAPKAN program GEMPUR MINDA dapat dijadikan sebagai landasan dan asas ke arah melahirkan insan yang gemilang di kalangan warga SMKKK1.

2.0 OBJEKTIF/SASARAN

1. Menanam rasa bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, agama dan negara.
2. Melahirkan pelajar yang memenuhi Visi dan Misi SMKKK1 sebagai pelajar yang mengutamakan
    kegemilangan, keceriaan diri dan minda berteraskan keimanan (3K)

Sasaran Program Gempur Minda adalah untuk semua pelajar SMKKK1 seramai 1913 orang.

3.0 PENGISIAN PROGRAM /KURIKULUM

1. Perkongsian pengalaman dan perasaan bersama pelajar
2. Renungan dan muhasabah diri terhadap tanggungjawab dan harapan ibubapa
3. Input kerohanian dan pembinaan diri berteraskan pendidikan agama dan amalan
4. Aktiviti pengisian minda berdasarkan latihan celik minda / insight
5. Diskusi dan sesi soal jawab.
6. Penekanan dan penguatkuasaan disiplin dan semangat kerja berpasukan

Program dilaksanakan oleh Kaunselor/Guru Pembantu Kaunselor dari Unit Bimb. Kaunseling SMKKK1 dengan menggunakan masa yang telah ditentukan oleh guru-guru tingkatan
(1 atau 2 waktu)sebagaimana tarikh yang dicadangkan

4.0 PERBELANJAAN / KOS

Program dilaksanakan tanpa melibatkan perbelanjaan / kos.Pelajar hanya diminta untuk membiayai
sendiri edaran bahan (fotostat) alatan yang digunakan dari semasa ke semasa.

5.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA

Penaung :
Datin Hjh. Nik Khatijah Nik Man (Pengetua)

Penasihat :
Pn. Hjh. Haziah Mohd. Ab. Rahman (PK1)
Tn. Hj. Ibrahim Daud (PK.HEM)
Tn. Hj. Mohd. Nor Yusoff (Penyelia Petang)

Penyelaras :
Semua guru tingkatan

Pengisian & Perlaksanaan Aktiviti :

Tn. Hj. Ahmad Termizi Hj. Musa (Kaunselor)
Dengan Bantuan & Sokongan
AJK Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya SMKKK1
 
6.0 PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa program ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dijadualkan.
Walau bagaimanapun sebarang pindaan / pertukaran tarikh boleh dibuat sekiranya perlu
dan mendapat persetujuan pihak Unit Kaunseling dan Kerjaya. Sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan program ini amatlah diharapkan.

Sekian

MANUSIA MEMANUSIAKAN MANUSIA