Klik Untuk Ke Siber 21Klik Untuk Ke Siber 21Klik Untuk Ke Siber 21
Telefon: 09-7652046,Email:siber21@tm.net.my Email: smkk1@tm.net.my
 
 
 
Klik Untuk Ke Siber 21 
Bismillah hirahmanirahim,  Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.  Bersyukur ke hadrat Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu yang luar biasa suatu kenyataan jika dikehendakinya.  Saya bagi  pihak seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1  mengalu-ngalukan semua pihak menggunakan rangkaian Laman Web ini dan memanfaatkan intisari yang ada sebagai sumber pengetahuan tambahan dalam era ledakan maklumat yang terpancar  seluruh dunia.
                          Saya sesungguhnya amat berbangga dapat turut sama dalam rangkaian canggih ini dan meletakkan sekolah ini dalam jaringan antarabangsa yang tiada sempadannya.  Tahniah saya ucapkan kepada  jawatankuasa Siber 21 (Laman Web) SMKKK 1 kerana telah berjaya merealisasi rangkaian Siber 21 dalam barisan hadapan jaringan antarabangsa.  Saya amat mengharapkan seluruh warga SMKKK 1 akan menjadikan rangkaian Siber 21 kunci kepada penerokaan dunia teknologi maklumat yang  telah tersebar begitu meluas, cepat dan canggih.
                          Kemudahan laman web yang disediakan memberi peluang kepada warga SMKKK 1 khususnya para pelajar bagi mendapat sumber pengetahuan dalam semua bidang.  Peluang ini adalah setanding dengan pelajar lain di seluruh dunia.  Di samping itu melatih mereka mencipta sesuatu bertaraf dunia sesuai dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
                         Kepada para tetamu laman web ini diucapkan selamat menggunakannya dan terima kasih di atas kepercayaan dan keyakinan anda sekalian terhadap laman web kami.  Semoga hubungan melalui rangkaian ini dapat mewujudkan hubungan yang mendatangkan kebajikan bersama.

Sekian, terima kasih. Kita bertemu dalam Siber 21
 
 
 
 
 
 
 
 

Anda Tetamu Kami Ke:
Sejak Dirasmikan Oleh Pegawai PPD Kota Bharu Pada 11Oktober 1998