PIAGAM PELANGGAN
Kami keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 berikrar dan akan berusaha dengan bersungguh-sungguh secara istiqamah untuk menjayakan
Wawasan Sekolah yang di dalamnya terkandung maksud Wawasan Pendidikan dan Wawasan Negara(Wawasan 2020).

Melaksanakan tugas kami dengan sebaik dan seadil mungkin sebagai amanah, ibadah, dan khalifah.

Dalam konteks amanah, sikap amanah mesti dijaga, dipelihara, dan diperkembangkan sebaik mungkin secara sah dan halal supaya pihak terlibat dapat mencapai kejayaan (Alfalah).

Dalam konteks ibadah, segala program dan aktiviti pendidikan sekolah ini hendaklah dijadikan ibadah (niat kerana Allah tidak mengabaikan ibadah asasi, tidak bercampur-aduk dengan maksiat dan istiqamah)  dan,

Dalam konteks khalifah, membina syakhsiyyah (akidah, syari"at ilmu, amal dan akhlak) supaya kuat daya tahan, daya saing, daya juang dan dapat membentuk kecekatan sejagat (international competency) demi kebaikan ummah pada masa depan.
  - Berkerjasama dengan semua pihak untuk menjayakan segala program dan aktiviti pendidikan sekolah ini.
- Membina sekolah menjadi organisasi yang dapat merealisasikan pembentukan hamba dan khalifah Allah yang seutuhnya.
 

Semoga diberkati dan diredahai oleh ALLAH s.w.t
 

Datin Hajah Nik Khatijah Nik Man
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 
16150, Kota Bharu, Kelantan.